Klinik Asas Memanah Tradisional (Dewasa) : Pengambilan June 2014.. Tempat adalah sangat terhad.. PM sekarang untuk slot reservation.. ::
Sumber : https://www.facebook.com/bow.and.arrow.malaysia, contact mereka untuk makluman lanjut
Wednesday, 4 June 2014
Apa Faedah Mahir Memanah, Berkuda dan Berenang?
Rasulullah SAW menganjurkan agar ibu bapa melatih anak-anak supaya mahir dalam tiga perkara iaitu memanah, menunggang kuda dan berenang. Pernahkah terfikir mengapakah Rasulullah mengajarkan hal yang sedemikian?
Sebagaimana sabda Nabi :
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Mari hayati faedah-faedah daripada ketiga-tiga kemahiran tersebut.
Mahir Menunggang Berkuda
Bentuk lekuk pada badan dan belakang kuda (tempat manusia duduk), adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari secara tidak langsung akan menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni serta meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut.
Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda. Menakjubkan bukan?
Aktiviti berkuda baik untuk tubuh manusia
Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.
Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
“Kuda itu ada tiga jenis : Kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )
Kemahiran Berenang
Anak-anak elok dilatih berenang sejak kecil lagi
Bagi aktiviti berenang pula, banyak faedah yang boleh didapati antaranya semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Justeru, kolam, sungai atau laut seharusnya menjadi lokasi paling baik untuk mengajar anak-anak kecil berenang. Bagaimanapun, sekiranya anak anda tidak gemar mendekati air atas alasan takut, ibu bapa boleh menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengajar mereka berenang.
Dalam pada itu, terdapat ibu bapa sememangnya mengajar anak-anak mereka dalam kemahiran berenang ini. Antara yagn diketahui ialah angkasawan negara Dr Sheik Muszafar yang melatih bersungguh-sungguh puteri sulungnya berenang sejak dari berusia kurang setahun. Kini anak kecilnya itu tidak takut air dan mampu berenang biarpun masih di bawah pengawasan bapanya.
Dengan kemahiran berenang, selain dapat mempertingkatkan kecerdasan dan yakin terhadap kebolehan diri sendiri, renang turut meluaskan pergaulan kanak-kanak. Berdasarkan pandangan psikologi perkembangan kanak-kanak, kegiatan renang dapat membantu perkembangan fizikal dan motor si kecil.
Kemahiran Memanah
Mengajar anak memanah sangat dituntut oleh Rasullulah SAW
Seterusnya, bagi kemahiran memanah pula dikatakan dapat membantu melatih emosi untuk meletakkan sasaran pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, andai emosi kita terganggu sudah pastinya fokus kita akan mudah tersasar.
Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi dengan baik. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. Jadi, jom belajar memanah bagi sesiapa yang mempunyai sifat-sifat sedemikian.
Selain itu, aktiviti memanah ini sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Sebagai contoh, perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi.
Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik).
Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.
Hayati kata-kata seorang tokoh Inggeris ini :
“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten
Apa yang Nabi Muhammad anjurkan kepada umatnya pasti ada hikmah di sebaliknya cuma kita sahaja yang tidak mengerti kerana tidak mengkaji dengan mendalam. Kalau ada kelapangan, marilah kita mempersiapkan diri dengan beberapa kemahiran ini kerana manalah tahu pada masa akan datang, kita memerlukan kemahiran seperti ini.
Seterusnya, dengan kemahiran ini juga dapat kita jadikan sebagai kemahiran hidup iaitu jika menghadapi sesuatu dugaan yang mendatang secara tiba-tiba. Mungkin dengan adanya kemahiran ini dapat membantu kita suatu hari nanti. Siapa tahu kan? Renung-renungkan lah…
Tuesday, 3 June 2014
‘Memanah / Berkuda / Berenang Sunnah Nabi’
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
Islam agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.
Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
Continue reading SUMBER
http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/memanah-berkuda-berenang-sunnah-nabi/
اللهم صل على محمد وآل محمد
Islam agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal.
Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk.
Continue reading SUMBER
http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/memanah-berkuda-berenang-sunnah-nabi/
Subscribe to:
Posts (Atom)